top of page

PENGENALAN

Tahun Statistik Antarabangsa (International Year of Statistics ) 2013 atau akronimnya IYOS 2013 dipelopori oleh International Statistics Institute (ISI) dan American Statistical Association (ASA) serta turut disokong oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah acara yang disambut sehingga ke peringkat dunia dan sehingga kini disertai oleh sekurang-kurangnya lebih 100 buah negara dan 1,700 organisasi yang berkaitan dengan statistik seluruh dunia.

 

Bagi meraikan sambutan IYOS 2013, satu urusetia telah diwujudkan dalam kalangan persatuan dan kesatuan yang berasaskan perkhidmatan yang bernaung di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) bagi merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti sempena sambutan ini.

 

Sehubungan dengan itu, bagi melaksanakan StatsRun 2013, Persatuan Perangkawan JPM (PPJPM) bersama Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan JPM (PPPPJPM) dan Kesatuan Pembantu Perangkaan Kerajaan Semenanjung Malaysia (KEPP-STATS) akan bersama-sama menganjurkan program ini.

 

StatsRun 2013 ini adalah julung kali diadakan oleh gabungan persatuan ini dan terbuka penyertaan orang awam, anggota Kementerian, dan Jabatan sekitar Putrajaya, pihak swasta, pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta komuniti-komuniti statistik di Malaysia.

 

Objektif utama StatsRun2013 ini diadakan adalah bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan statistik bagi perancangan dan pembangunan Negara di kalangan masyarakat Malaysia. Di samping itu, program ini juga adalah antara langkah-langkah yang dilaksanakan ke arah mengukuhkan rantaian kerjasama dan usaha bersepadu daripada pelbagai pihak termasuklah stakeholder, para pengguna statistik dan pembekal maklumat dalam menghubung jalin aspirasi bersama ke arah mencapai tahap Negara maju yang mana perancangan dan pengurusan sosio-ekonomi Negara yang berkesan perlu berpaksikan kepada maklumat/statistik yang mantap. Justeru itu, dana penganjuran program ini juga  diperolehi melalui sumbangan kewangan dan kerjasama oleh pihak badan korporat/swasta dan agensi kerajaan di samping melalui penerimaan daripada bayaran penyertaan.

 

Selain itu, pelbagai aktiviti berkaitan juga turut dianjurkan, antaranya Program Pertandingan Melukis Poster Tahun Statistik Antarabangsa 2013 dengan penyertaan daripada para pelajar sekolah menengah seluruh negara. Poster-poster terpilih turut akan dipamerkan pada hari penganjuran StatsRun2013 in di samping penyempurnaan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. 

 

Bagi memberi impak yang besar terhadap pelaksanaan program-program ini, penyertaan dan liputan meluas pihak media massa juga akan dijalinkan agar mesej kepentingan statistik bagi nation building dapat disampaikan kepada semua pihak di seluruh negara melalui StatsRun2013 ini yang juga turut menyampaikan mesej pembudayaan kehidupan sihat di kalangan masyarakat.

 

Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada Perbadanan Putrajaya dan diharapkan StatsRun 2013 ini mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan ceria.

 

Kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi di atas sumbangan, kerjasama dan penyertaan semua untuk kejayaan merealisasikan program ini.

bottom of page